Hello , Hola and Hi! It's me I'lya!๐
Apa khabar you guys today? good or nah?!๐ซ
Today , Ilya nak kongsi dekat korang about my first day at UKM Bangi. So, bila kita mula masuk mesti lah ada orentasi kan? So yah! ilya terlibat dalam orentasi dekat UKM , kitorang panggil orentasi tu Hari Minggu Apresiasi Watan (MAW).
First time sampai sini sumpah nervous gila! And Alhamdulillah segala perjalanan untuk masuk sini mudah sebab dah diberitahu untuk berkumpul dekat mana and nak buat apa semua. Mesti korang tertanya-tanya kolej apa yang ilya dapat kan? So, saya Bangsa Keris! Helloo siapa bangsa keris sekalian! Kita geng!. Ilya punya kolej is Kolej Keris Mas. Pengurusan Kolej Keris Mas amat lah memuaskan daripada kami berkumpul di Dewan Gemilang sehingga kami masuk ke bilik sendiri.
Okay next, setelah selesai dapat kunci , saya dan keluarga meangkat barang masuk ke bilik dan kemas-kemas barang . Setelah selesai susun-susun keluarga saya pulang ke syurga kami ye, hehehe. Petang tu semua pelajar diminta untuk berkumpul di Dewan Besar Kolej Keris Mas. Pelbagai taklimat telah diberikan dan kami diberi baju kolej serta baju ukm. Setelah selesai, kami diberi makan malam dan pulang ke bilik masing-masing.
Pada pagi keesokkan harinya , kami di beri sarapan dan berkumpul di cafe KKM. Sebelum lebih lanjut KKM ni singkatan daripada Kolej Keris Mas tau , takut korang tertanya-tanya, hehehehe. Setelah selesai sarapan pagi kami semua pergi ke suatu tempat yang di panggil dektar. Di sana pelbagai acara yang dilakukan antaranya pembukaan Minggu Apresiasi Watan (MAW) dan interaksi bersama pusat tanggungjawab seperti Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Pusat Pengurusan Akademik, Pusat Pengajian Citra Universiti, Pusat Pengajaran Dan Pembangunan Kurikulum dan sesi bersama Perpustakaan Tun Sri Lanang. Kemudian kami makan tengahari di dektar. Makan sedap tau!
Setelah selesai makan tengahari kami sambung dengan aktiviti Interaksi Bersama PTJ & Agensi seperti taklimat UKM-Karier , Sesi Pusat Kesihatan Universiti, Sesi Bahagian Keselamatan , Slot Bersama Kesatuan Mahasiswa UKM dan Slot Bersama PTPTN. Sepanjang hari ini kami dapat pelbagai input tentang UKM ini sendiri dan banyak membantu serta menambah pengetahuan kami untuk menjalani kehidupan di UKM ini. Setelah selesai semua taklimat kami pulang ke kolej. Tiba di sana kami dijamu dengan minum petang dan makanana. Maaf tapi kami makan lagi hehehe. perut kami amat terjaga dan terjamin ye semasa MAW. Setelah selesai makan kami melakukan aktiviti kolej dan kami di beri makan malam lalu bersiap-siap semula untuk ke dektar untuk mendengar ucapan dan taklimat daripada Pro Naib Canselor , Alumni Tersohor dan Bicara Teras daripada Ikon Pelajar dan Alumni. Setelah selesai kami pulang ke KKM dan berkumpul di Dewan Besar KKM. Disana kami diajar cara sorak. Kami belajar cara sorak untuk tepuk support , tepuk panah cinta dan sorak utama KKM iaitu Cheers Tiger. For me, Cheers Tiger sumpah best sebab aumm aumm! Hahahahahha. Akhirnya yang ditunggu-tunggu kami pulang ke bilik kami!
Keesokkan harinya , dari pagi sehingga petang kami di fakulti masing-masing. Di sebabkan saya mengambil jurusan Keusahawanan dan Inovasi , jadi Fakulti saya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Di sana kami di beri penerangan tentang falkuti dan jurusan yang diambil. Setelah selesai kami makan tenghari dan mula bermain explores. Aktiviti tersebut amat seronok kerana kami dibahagi kepada beberapa kumpulan dan dapat berkenalan dengan antara satu sama lain. Di aktiviti tersebut kami dapat belajar untuk bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setelah selesai explores waktu pemberian hadiah bagi pemenang. Aktiviti terakhir sekali, kami di menangkap kertas origami kapal terbang yang tertulis kata-kata semanagt oleh pensyarah yang mengajar di fakulti ini.
Apa yang menyeronokkan lagi , saya dapat menangkap origami kapal terbang tersebut dan ayat di dalam sangat menyentuh hati yang tertulis " Anda harapan keluarga, jangan hampakan kedua ibu,bapa. Teruskan kecemerlangan dan tetapkan matlamat sehingga berjaya pada tahun terakhir pengajian. Usaha tidak akan mengkianati hasil. ikhlas, Dr Raj. Selepas itu kami makan petang dan membuat pelbagai akticiti kolej. Setelah selesai melakukkan aktiviti kolej kami diberi masa untuk berehat dan makan malam. Kemudian kami bersiap-siap pergi ke masjid UKM untuk aktiviti UKM Berqasidah iaitu Malam Cinta Allah dan Rasul. Pada malam itu kami semua memakai jubah berwarna hitam dan lelaki pula memakai baju melayu berwarna putih. Setelah selesai, kami pulang ke KKM dan berkumpul di Dewan Besar KKM. Di sana, kami bermain pelbagai aktiviti dan pulang ke bilik masing-masing
(GAMBAR DI FALKUTI SEMASA MAW)
Selasa , 3.10.2023 pula kami diberi sarapan pagi. Kemudian 7.30pagi kami berkumpul dan melakukan aktiviti langkah watan . Semasa langkah watan kami dapat mengenali jalan yang ada di UKM ini. Setelah selesai aktiviti langkah watan kami di asingkan mengikut domain yang dipilih, Saya memilih domain kebudayaan. Semasa aktiviti domain ini, domain kebudayaan membuat hari kebudayaan dan kami perlu bermain segala aktiviti yang disediakan untuk mendapatkan cop dan sijil penyertaan.
No comments:
Post a Comment