Monday, 27 November 2023

SPECIAL PLACES BY I'LYA

Hola my friends!💙

Today , saya nak bagitahu korang semua tentang my special place💓. 

CAFE KKM💗

Yang pertama ialah cafe KKM. Di sini, makanan semua sedap lagi-lagi ayam goreng Kamal. Ini adalah meja yang paling saya suka ketika makan di KKM kerana mempunyai plug serta kipas yang sanagt sejuk. Kawasan meja saya juga berhampiran dengan kawasan tandas dan juga surau untuk membuat amal ibadah. Disini adalah  tempat saya melepak dan membuat ulang kaji pelajaran pada setiap masa yang terulang💫. 


                                


FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP)💝

Ini adalah tempat yang sering saya tuju di UKM. Hal ini kerana, ini adalah  tempat saya untuk menuntut ilmu kerana saya merupakan pelajar jurusan keusahawanan dan inovasi. Antara tempat pilihan sarapan saya adalah Kiosk Budi . Kiosk Budi, banyak menjual makanan pada waktu pagi dan kegemaran makanan saya ialah sandwich. Antara Dewan Kuliah yang sering saya kunjung ialah Dewan Kuliah 3. Dewan Kuliah 3 sanagt seronok kerana tempatnya sejuk dan terang. Di sana juga mempunyai kerusi yang banyak dan kita boleh memilih kerusi yang kita inginkan. Di Fakulti ini juga mempunyai banyak tempat yang cantik dan menarik untuk kita kunjung💗.


 


PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG (PTSL)

Di sana mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti mempunyai kerusi dan meja yang banyak , ia juga mempunyai kaunter pertanyaan dan mempunyai aircond untuk memberi keselesaan kepada pelajar. PTSL ini juga mempunyai ruang untuk perbincangan dan ruang untuk belajar secara senyap. Sekiranya, ingin masuk ke dalam perpustakaan tersebut , pelajar perlu membawa kad pelajar dan scan masuk di mesin yang telah disediakan dan sekiranya pelajar ingin keluar , pelajar tersebut perlu scan semula. Di sini juga terdapat pelbagai jenis buku rujukkan yang boleh kita guna dan pinjam💟.


 


Ini adalah tempat yang saya suka kunjungi di luar UKM💥.


PORT DICKSON💫

Ini adalah salah satu tempat kesukaan saya kerana tempat ini sangat indah dan aman. Di sini kita boleh milihat keindahan alam. Saya suka pergi ke sini bersama kawan-kawan saya untuk menenangkan diri. Saya dan kawan-kawan saya sering menghabiskan masa bersama di sini. Di sana juga kami suka menulis nama di atas pasir dan menangkap gambar sebagai kenangan. Di port Dickson ini mempunyai makanan yang sedap iaitu mee goreng basah yang famous di sana💖. 






PASAR SENI💛

Di sini mempunyai banyak view yang cantik untuk menangkap gambar. Saya di sana membeli bunga baby breath berwana putih untuk diri sendiri. Hal ini kerana saya meminati dan suka akan bunga. Di Pasar Seni, mempunyai Pasar Gadis , ia memjual pelbagai barangn perempuan seperti gelang dan rantai yang cantik. Di sini juga adalah salah satu tempat pasangan meluangkan masa bersama. Korang kena cuba datang sini. Sumpah seronok!😎


 


AQUARIA KLCC💜

Pada yang suka ikan , ini adalah salah satu cadangan daripada saya. Pergi Aquaria! Kat sini sumpah best gila. Korang boleh tengok ikan di sana . Pelbagai jenis ikan yang ada . Apa yang lagi best, kita akan rasa dekat dengan ikan. Korang juga boleh tangkap gambar di sana. Masa ni lah korang boleh belajar dan kenal ikan , orang kata tambah pengetahuan . Heheheh. Sini juga ada mempunyai kedai cenderahati . Di situ jual pelbagai jenis barangan seperti magnet peti ais , keychain , bantal dan pelbagai lagi😻.


 


Itu sahaja dari saya , bai bai! Ada rezeki kita jumpa lagi! Much love💕.



 














No comments:

Post a Comment

SPECIAL PLACES BY ASYURA

  Hi im back and now i would like to share about the places around UKM that I have been and I found it is a great place to visit. I like to ...