Showing posts with label AHLI GROUP. Show all posts
Showing posts with label AHLI GROUP. Show all posts

Tuesday, 28 November 2023

PENGENALAN MENGENAI SAYA, AHLI KE-EMPAT

   Hai gaisssss!!!

    Izinkan saya perkenalkan diri saya dahulu... Nama diberi NIK ABDUL SYAHMEE DANIEL BIN NIK ABDUL QADEER HILMY... Hehe memang panjang dan korang boleh panggil saya Syahmee Daniel atau Syahmee pun bolehh.... Umur 19 tahun dan dari lepasan matrikulasi dekat Kuala Pilah iaitu dekat dengan nogori Sembilan... Saya ambik jurusan perakaunan dkt Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dan sambung degree dekat Universiti Kebangsaan Kota (UKM)  kos Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian...



    Nak citer sikit pasal diri saya yang berasal dari kelantan... Sek klatey ni bohhh... "Gomo klatey gomo...!" Hehe... Asal kelantan sejak lahir dan membesar juga di Kelantan... Masa mula-mula belajar di luar negeri iaitu semasa di KMNS... Kenapa matrikulasi? Sbb fast track lerrr... Nk habis cepat, kerja cepat, boleh banggakan mak ayah ann nanti... Dijadikan cerita kat sini, saya dapat matrik kuala pilah sbb saya ada kakak kat situ, student sains dua tahun, kalau perakaunan setahun je... Umur kitorang pun tak jauh sebab beza setahun je... Degree pun kitorang sambung skali dekat UKM dan terkejut jugak dapat kolej sama iaitu KOLEJ KERIS MAS (KKM)...




    Kiter citer pulak pasal apa yang saya minat... Saya boleh la dikatakan minat berniaga sebab atok yang dipanggil abah, yang dulu pun seorang peniaga n suka buat katering lepas bersara sebagai guru... Abah meniaga chicken chop dan memang sedap tapi resepi tak sempat nk tuntut sbb abah pergi tinggalkan saya masa tingkatan 3... Tapi takpe, banyak benda lagi saya boleh jual dan pelajari... Minggu lepas hari khamis (23/11/2023) saya kerja part time jual air dan takoyaki dekat pusanika UKM... dapatlah duit poket sikit hehe... Kerja sehari start kul 12 tengah hari sampai kul 10 malam... Penat dan berbaloi... Okay tu je dari saya... Sabar ada lagi nantii... Hehe...




PENGENALAN MEMGENAI SAYA , AHLI KETIGA

 Asalammulaikum Dan Selamat Sejahtera korang!! πŸ˜…πŸ˜…

Semoga semua baik-baik sahaja. 😁  







Nama diberi dan diterima Muhammad Faris Mustaqim Bin Sa'adon.nama pendek Faris,nama panjang sikit Mustaqim.Saya Berumur 21 tahun(2002).Tarikh lahir saya pada 18 mac 2002 dan saya dilahirkan di Hospital Besar Seremban Tapiii.....membesar di Kuala Lumpur.Sedikit latar belakang family saya anak bongsu dari 4 adik beradik.Untuk pengetahuan korang semua saya telah melanjutkan ijazah sarjana muda keusahawanan dan innovasi dengan kepujian(UKM)Universiti Kebangsaan Malaysia.Alhamdullilah saya baru sahaja menamatkan Diploma saya di Kolej Poly Tech mara.  πŸ‘πŸ˜‹



Apa yang saya nak tunjuk selepas ini adalah saya akan kongsi sedikit sebanyak tentang apa yang saya suka dan apa yang saya suka buat pada waktu lapang.😍😍

1.Makanan🍲
-Makanan Kegemaran ini saya suka makan apa yang mak saya masak dan saya list apa yang saya tak makan sahaja sebab kebanyakkan saya makan HAHAHAHHA pertama saya tak makan kacang dan kedua saya tak suka makan berminyak.

2.Hobi πŸ’ͺ
-Bersukan bola sepak,berjogging dan badminton.

3.Movie kegemaran.πŸ‘€
-Banyak cuma saya listkan yang betul-betul minat dan selalu ulang-ulang melihatnya.











Saturday, 25 November 2023

PENGENALAN MENGENAI SAYA, AHLI KE DUA.

Hello fellow enthusiasts! 🌟 I am an unabashedly enthusiastic soul on this thrilling rollercoaster of life. From the crackling energy of dawn to the tranquil hues of sunset, I navigate each day with an infectious passion for everything that sparks my curiosity. Fuelled by a perpetual zest for learning and an insatiable appetite for new experiences, I find joy in the intricate details of life. Whether I'm diving into the realms of art, science, or the great outdoors, my enthusiasm acts as a magnetic force, drawing me deeper into the wonders of the world. I am not just a spectator; I am an active participant in the grand symphony of existence, embracing every challenge as an opportunity and every setback as a lesson in resilience. Join me in this vibrant journey, where enthusiasm becomes the driving force behind shared adventures and collective inspiration! πŸš€πŸŒˆ


Nama : Nurul Asyura binti Abd Jalal 

Umur : 22 tahun (2023)

Sekolah Menengah : Smk Pandan Mewah

Diploma : Kptm Bangi, Course Entrepreneurship

Degree : UKM Bangi

Asal : Cheras,Ampang

Lahirkan di : Klinik Swasta Bandar Tun Razak 

Cita-cita : Usahawan berjaya 

PENGENALAN MENGENAI SAYA, AHLI PERTAMA.

πŸ’– Hello and Hi everyone! πŸ’–

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua!πŸ’ž

Apa khabar semua? Saya harap anda semua dalam keadaan yang baik. Saya disini adalah untuk memperkenalkan tentang diri saya kepada anda semua.


Nama diberi Nor I'lya Darwisyah binti Jefri Nor. Anda boleh memanggil saya ilya manakala nama manja atau nama timangan saya pula ica. Saya berumur 21 tahun pada tahun 2023. Saya dilahirkan di Hospital Tengku ampuan Rahimah Klang. Tarikh lahir saya pada 10 Mei 2002. Saya menetap di Shah Alam Selangor. Saya Mempunyai 5 orang adik-beradik dan saya ialah anak kedua. Saya kini melanjutkan pelajaran sarjana muda saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan mengambil jurusan Keusahawanan dan inovasi dengan kepujian.

Saya suka menonton drama atau movie korea pada masa lapang. Antara kegemaran k-drama saya ialah Doctor john , Start up , Miracle in cell no7 , Strong Girl Bong-soon dan banyak lagi😍 Saya juga suka menonton Anime . Antara anime yang saya minati ialah Jujutsu kaisen , Fruits basket , My hero academia , Haikyu , The promise Neverland , Kuruko not basketball.😎 

 
Makanan kegemaran saya Nasi ayam atau semua jenis masakan yang umi saya masak! Umi saya masak sedap tau! Tapi saya tak makan ikan hehehe! Minuman kegemaran saya pula Jus Tembikai! Apa yang lagi menarik tentang saya ialah saya suka mendengar lagu sambil membuat assigment atau kerja. Saya juga suka menonton acara sukan seperti sukan bola sepak , bola jaring dan bola baling sejak kecil lagi.

Saya seorang yang periang dan happy go lucky. Saya suka pergi ke sungai,laut dan air terjun untuk mengambil angin dan menenangkan fikiranπŸ˜… Saya juga suka menjadi pendengar masalah kawan saya dan kadangkala saya menolong mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Saya sangat bekerja keras dengan apa yang saya minati. Saya juga seorang yang suka belajar sehingga tak ingat dunia untuk mencapai kecemerlangan yang saya impikan. Alhamdulillah and thanks to Allah and everyone yang ada dengan saya , saya mencapai anugerah kecemerlangan semasa diploma! Saya juga seorang yang berfikiran terbuka dan menerima padangan atau pendapat orang lain. 

Itu sahaja dari saya dahulu , semoga kita berjumpa lagi di lain hari dan di lain topik! selamat berkenalan semuaπŸ’˜ Jaga diri and stay safe! terima kasih kerana meluangkan masa dan sudi membaca tentang saya! lots of loveπŸ’•.

SPECIAL PLACES BY ASYURA

  Hi im back and now i would like to share about the places around UKM that I have been and I found it is a great place to visit. I like to ...