Hai gaisssss!!!
Izinkan saya perkenalkan diri saya dahulu... Nama diberi NIK ABDUL SYAHMEE DANIEL BIN NIK ABDUL QADEER HILMY... Hehe memang panjang dan korang boleh panggil saya Syahmee Daniel atau Syahmee pun bolehh.... Umur 19 tahun dan dari lepasan matrikulasi dekat Kuala Pilah iaitu dekat dengan nogori Sembilan... Saya ambik jurusan perakaunan dkt Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dan sambung degree dekat Universiti Kebangsaan Kota (UKM) kos Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian...
Nak citer sikit pasal diri saya yang berasal dari kelantan... Sek klatey ni bohhh... "Gomo klatey gomo...!" Hehe... Asal kelantan sejak lahir dan membesar juga di Kelantan... Masa mula-mula belajar di luar negeri iaitu semasa di KMNS... Kenapa matrikulasi? Sbb fast track lerrr... Nk habis cepat, kerja cepat, boleh banggakan mak ayah ann nanti... Dijadikan cerita kat sini, saya dapat matrik kuala pilah sbb saya ada kakak kat situ, student sains dua tahun, kalau perakaunan setahun je... Umur kitorang pun tak jauh sebab beza setahun je... Degree pun kitorang sambung skali dekat UKM dan terkejut jugak dapat kolej sama iaitu KOLEJ KERIS MAS (KKM)...
Kiter citer pulak pasal apa yang saya minat... Saya boleh la dikatakan minat berniaga sebab atok yang dipanggil abah, yang dulu pun seorang peniaga n suka buat katering lepas bersara sebagai guru... Abah meniaga chicken chop dan memang sedap tapi resepi tak sempat nk tuntut sbb abah pergi tinggalkan saya masa tingkatan 3... Tapi takpe, banyak benda lagi saya boleh jual dan pelajari... Minggu lepas hari khamis (23/11/2023) saya kerja part time jual air dan takoyaki dekat pusanika UKM... dapatlah duit poket sikit hehe... Kerja sehari start kul 12 tengah hari sampai kul 10 malam... Penat dan berbaloi... Okay tu je dari saya... Sabar ada lagi nantii... Hehe...
No comments:
Post a Comment