π Hello and Hi everyone! π
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua!π
Apa khabar semua? Saya harap anda semua dalam keadaan yang baik. Saya disini adalah untuk memperkenalkan tentang diri saya kepada anda semua.
Nama diberi Nor I'lya Darwisyah binti Jefri Nor. Anda boleh memanggil saya ilya manakala nama manja atau nama timangan saya pula ica. Saya berumur 21 tahun pada tahun 2023. Saya dilahirkan di Hospital Tengku ampuan Rahimah Klang. Tarikh lahir saya pada 10 Mei 2002. Saya menetap di Shah Alam Selangor. Saya Mempunyai 5 orang adik-beradik dan saya ialah anak kedua. Saya kini melanjutkan pelajaran sarjana muda saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan mengambil jurusan Keusahawanan dan inovasi dengan kepujian.
Saya suka menonton drama atau movie korea pada masa lapang. Antara kegemaran k-drama saya ialah Doctor john , Start up , Miracle in cell no7 , Strong Girl Bong-soon dan banyak lagiπ Saya juga suka menonton Anime . Antara anime yang saya minati ialah Jujutsu kaisen , Fruits basket , My hero academia , Haikyu , The promise Neverland , Kuruko not basketball.π
Makanan kegemaran saya Nasi ayam atau semua jenis masakan yang umi saya masak! Umi saya masak sedap tau! Tapi saya tak makan ikan hehehe! Minuman kegemaran saya pula Jus Tembikai! Apa yang lagi menarik tentang saya ialah saya suka mendengar lagu sambil membuat assigment atau kerja. Saya juga suka menonton acara sukan seperti sukan bola sepak , bola jaring dan bola baling sejak kecil lagi.
Saya seorang yang periang dan happy go lucky. Saya suka pergi ke sungai,laut dan air terjun untuk mengambil angin dan menenangkan fikiranπ Saya juga suka menjadi pendengar masalah kawan saya dan kadangkala saya menolong mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Saya sangat bekerja keras dengan apa yang saya minati. Saya juga seorang yang suka belajar sehingga tak ingat dunia untuk mencapai kecemerlangan yang saya impikan. Alhamdulillah and thanks to Allah and everyone yang ada dengan saya , saya mencapai anugerah kecemerlangan semasa diploma! Saya juga seorang yang berfikiran terbuka dan menerima padangan atau pendapat orang lain.
Itu sahaja dari saya dahulu , semoga kita berjumpa lagi di lain hari dan di lain topik! selamat berkenalan semuaπ Jaga diri and stay safe! terima kasih kerana meluangkan masa dan sudi membaca tentang saya! lots of loveπ.
No comments:
Post a Comment